Cinta Selepas Kahwin


Assalamualaikum.

Hi. Entry kali ni Bihah nak share satu cite yang membuatkan Bihah menangis. Sob3..=(  Actually, tajuk cite ni bukan macam tu taw. Bihah reka je sebab tak tahu nama pe tajuk ni. Hee. Ok. Korang baca la.

Dia duduk menghadap laptop di hadapannya. Langsung tidak menghiraukan si dia yang tengah menonton televisyen – ceramah bersama Dato Masyitah. Siaran OASIS astro itu telah pun bertukar kepada Indahnya Iman yang bermaksud akan masuk waktu ...solat. Tiba-tiba, si dia bangun dan memandang dia yang tengah khusyuk membelek laptop di hadapan. “abang, maghrib dah nak masuk. Kita jemaah ya.” Si dia yang duduk di hadapan laptop itu senyap. Tersentak sebenarnya. Mana pernah solat. Nak jadi imam?

Huh, lawak antarabangsa betul. Macam mana dia boleh kahwin dengan ustazah ini pun tak tahu lah. Salah abahlah ni, pandai-pandai nak tentukan jodoh orang. Cari yang stok tudung labuh pulak tu. Okay, salah aku juga sebab pergi teguk kencing syaitan tu sapa suruh. Okay,salah aku lagi, angkut entah mana-mana perempuan untuk hiburan. Okay, salah lagi sebab selalu je aku balik lepas subuh sebab pergi kelab dan balik mabuk.

Okay, salah aku lagi, duit syarikat abah habis aku joli kan. Banyaknya salah aku. Jadinya,abah kahwinkan aku dengan Siti Syahirah binti Hj. Amran ni. Bukan itu je, abah hantar aku dengan dia duduk dekat Kepala Batas, Pulau Pinang ni. Itu okay lagi, abah ambil kereta sport aku – dan aku kena guna kereta isteri aku ni. Abah suruh aku uruskan syarikat dia dekat ceruk ni. Nak enjoy pun tak boleh, sebab ini Pulau Pinang bukan Kuala Lumpur. Enjoylah aku dengan laptop ni. Baru sehari duduk rumah ni, aku dah nak gila. Belum seminggu lagi. Kalau sebulan? Huh.



“abang dengar tak?”. Macam cakap dengan laptop tu je. “hm,saya sembahyang dekat surau.” Ek, macam mana ayat tu keluar. Huh,surau pun aku tak tahu dekat mana. Nak lari dari jadi imam sebenarnya. “saya ikut. Jap saya siap.” Si isteri telah pun hilang di pandangan mata. Aiman tersentak. Aduh,dia nak ikut pulak. Laptop di matikan. Dia duduk di sofa sementara menanti si isteri bersiap. Fikiran ligat memikir dekat mana surau.? “abang, dah siap.” Aiman memandang isterinya yang lengkap bertudung labuh saiz 60 dengan t-shirt muslimah dan seluar track-suit. Cantik! “abang..?” Aiman tersedar. “jom.” Kunci kereta di atas meja di capai. “saya bawa kereta awak, tak kisah?” tanya Aiman ragu-ragu. Syahirah senyum. “harta saya harta abang juga.” Aiman hanya mengangguk. Dalam kereta – hanya dengar radio – hot fm refleksi.

Aiman dah tak tentu arah. Syahirah yang dari tadi perhatikan itu macam nak ketawa . Rasanya asyik ulang-ulang je jalan ni. “abang,surau belok kiri tu.” Aiman hanya diam. Malu. Kereta di belokkan pada arah yang diberitahu isterinya. Mereka telah pun tiba di hadapan surau As-Syakirin. Aiman masih tidak mematikan enjin. Syahirah pun tidak keluar lagi dari kereta. Aiman melihat dirinya yang hanya ber-t-shirt dan seluar track-suit. Aduh,mana bawak kopiah ke? Songkok ke? “err,Ira..” Syahirah menoleh. Mana ada orang pernah panggil dia Ira. Pertama kali dengar. “ya?” “okay ke saya pakai macam ni? mana tahu kene halau ke nanti?” Syahirah senyum. “jangan risau yang menilai itu Allah bukan manusia. Kalau niat kita kerana-NYA,insyaAllah. Pakaian abang ni dah okay dah ni.” Aiman terdiam. Tak pernah sebelum ini dia bercakap dengan orang masuk bab-bab agama. “jom.” Ajak Syahirah. “hmm.” Enjin kereta di matikan.

Malam itu Aiman duduk di ruang tamu menonton televisyen. Teringat tadi imam itu bagi ceramah tentang solat. “solat itu tiang agama, kalau tak solat umpama kita meruntuhkan agama.” Teringat diari isterinya yang dia jumpa tadi. Ter-baca. “saya nak suami yang soleh! Ya Allah makbulkan doa hamba.” Aku tak adalah baik sangat. Kenapalah kau kahwin dengan aku. Kesian kau dapat aku jadi suami. Aku jahil agama! aku dah jauh terpesong! Seperti ada suara yang datang dalam fikirannya ‘tapi kau boleh berubah. Allah Maha Pengampun.!’ Televisyen di hadapannya itu di pandang kosong.



Berubah? Teringat juga dia amaran abang iparnya. “aku bagi amaran dekat kau, jangan sesekali berani angkat tangan kau ni dekat adik aku, lagi, jangan pernah kau buat dia menangis.” Aiman hanya mendengar amaran keras Shahir sewaktu mereka berduaan di dalam kereta sebelum ke rumah mertuanya. “..ingat! aku dapat tahu hidup adik aku sengsara, hidup kau jugak sengsara! Jangan kau buat perangai buruk kau tu . aku dapat tahu. Aku terus pergi Kepala Batas tu. Kau faham tak?” Aiman hanya mengangguk. Huh,garang! Syahirah memandang suaminya yang duduk di sofa itu. Dia senyum. Dia ke belakang Aiman dan menutup mata Aiman dengan tangannya. “cuba teka ini siapa?” kata Syahirah dengan suara yang di buat-buat macam suara lelaki. Aiman yang tengah berfikir itu terkejut tiba-tiba pandangannya gelap. Lama. Senyumnya terukir apabila mendengar suara Syahirah. “hmmm, Tom Cruise..” main-main Aiman. “salah! Tom Cruise tak reti cakap melayu!” Aiman ketawa. “hm,Hj. Amran.” Syahirah pula ketawa. “salah! Hj.Amran dekat Johor.” “ha! Tahu..tahu..Syah!” Syahirah kerut dahi. “Syah mana?” “Syahirah.” Aiman menarik tangan isterinya agar duduk di sebelahnya.

Cepat sungguh si Syahirah ni mesra. Ingat kan stok yang pendiam. Terkejut juga tiba-tiba si isteri ini nak beramah mesra tapi saudara-mara dia ada kata yang Syahirah ini jenis yang ceria dan dia pula jenis yang boleh je ‘masuk’. “abang buat apa?” “tak ada apa-apa. Saya nak tanya awaklah..” “tanya apa?” “er..kenapa awak terima lamaran abah untuk kahwin dengan saya?” “sebab Allah.” Aiman diam sebentar. “tak faham.” “saya buat solat istiharah. Minta petunjuk dari-Nya.” Aiman senyap. Rasanya tak ada apa yang hendak di katakan lagi. Sebak tiba-tiba.

Seminggu berlalu…. “Abang,saya tak reti masak” kata Syahirah yang tengah bercekak pinggang di dapur itu. Terkejut juga Aiman.Nak makan apa kalau isterinya ini tak reti masak – hari-hari makan kedai bankruplah. Dah lah abah tak bagi duit banyak. Nak berkata sesuatu tetapi tak terluah sebab teringat ayat dalam diari isterinya. “lelaki bising perempuan tak reti masak! Habis, kalau lelaki tak reti jadi imam itu!” Walaupun ayat itu di tulis dalam diari dan bertarikh sebelum mereka bernikah lagi tetapi amat terkesan dalam hati Aiman. “macam mana ni abang?” kata Syahirah sayu. Aiman menggaru kepala. Tak tahu nak jawab apa. “tak apalah, lepas ni kita sama-sama belajar masak.”


 “maaf ya abang..” Aiman senyum. “tak apa.” Aiman keluar dari dapur. Syahirah rasa bersalah. Itulah! Umi selalu suruh masuk dapur belajar masak. Buat malu je. Sedang Syahirah berfikir di bar dapur itu Aiman masuk dengan membawa laptop. “abang nak buat apa bawa laptop ke dapur?” “belajar masak guna internet.” Aiman senyum dan mengangkat kening. Syahirah senyum. “huish masin.” Komen Syahirah. Aiman mengambil gulai di hadapan isterinya itu. “abangkan yang masak ni.” Kata Syahirah lagi. Aiman rasa dan ketawa. “okay lah ni. ha,awak punya sayur campur ni tawar! Tak rasa apa-apa..” komen Aiman pula. “okay apa..” “is okay. Gulai itu banyak garam, sayur awak tak rasa apa-apa. Campur je semua. Gulai sayur.” “boleh ke macam itu?” “boleh je.” “okay..” “dah makan cepat. Nanti tak sempat nak siap pergi surau.” Aiman langsung tak sedar apa yang dia cakap.

Ajak orang pergi surau? Ajak isterinya? Huh,sejak bila jadi geng surau ni. Syahirah senyum. Dah ada perubahanlah abah ! “ustaz.” Panggil Aiman pada insan yang baru selesai mengimami solat Maghrib itu. Ustaz itu menoleh. “ya?” “saya nak…” “nak apa?” Aiman malu untuk berkata. Tapi sedaya upaya dia cuba luahkan. “anak nak apa?” “saya nak belajar agama.” Terluah juga. Ustaz itu senyum. “mari.” Selesai solat Isyak tadi Syahirah terus keluar dari surau. Lama dia menunggu Aiman di kereta.

Senyum terukir apabila melihat Aiman menghampiri bersama seorang lelaki separuh umur. “ustaz kenalkan isteri saya.” Aiman kenalkan Syahirah pada lelaki itu. Syahirah hanya senyum dan mengangguk. “baguslah. Muda-muda kahwin sama-sama pergi surau.” Aiman sentak. Walau apapun senyum paksa di beri. “Alhamdulillah ustaz, Allah beri suami yang soleh macam Aiman ni.” kata-kata Syahirah membuatkan Aiman terdiam. “Alhamdulillah, semoga kalian berbahagia hingga ke syurga.” “terima kasih ustaz.” Aiman bersuara. Ustaz itu menepuk bahu Aiman. “baiklah, saya balik dulu. Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.” Jawab Syahirah dan Aiman serentak. Aiman duduk di birai katil dengan mata memandang Syahirah yang tengah mengemas bajunya ke dalam bagasi. “lamanya abang pergi..” Aiman tersedar. “hmm,seminggu je.” Ya,dia kata dengan Syahirah ada urusan kerja sebenarnya dia mahu ke pondok agama untuk belajar agama dengan ustaz yang dia jumpa sewaktu di surau kelmarin.


Rasanya dia perlu berubah. Sampai bila dia nak mengelak untuk menjadi imam dalam keluarganya. Sampai bila dia nak terus jahil. Sampai bila dia nak membiarkan isterinya keseorangan tanpa bimbingan seorang suami. Sampai bila dia nak terus hipoktrik mengikut Syahirah ke surau tetapi tak tahu apa-apa. Sudah tiba waktunya dia berubah.! “seminggu tu lama tauu..” lirih Syahirah. “pejam celik- pejam celik sekejap je tu..” “kalau pejam tak celik- celik?” tersentak Aiman apabila mendengar ucapan isterinya itu. Sudah, rasa berat pula dia nak tinggalkan si Syahirah ni. Aiman memandang Syahirah. “apa awak cakap ni..” lembut dan ada nada risau di situ. Syahirah ketawa halus. “gurau je lah. Abang ni cepat betul sentap.” Aiman diam. “tak yah lah kemas beriya-iya. Nanti yang lain saya kemas.” Isterinya tarik muncung. “tak mau lah, nanti kurang pahala.”

Sudah dua hari Aiman di pondok agama itu. Memang air matanya di situ asyik mengalir sahaja. Teringat dosa lampau yang pernah di buat. Ya Allah… banyaknya dosa hamba. Selesai solat berjemaah dengan rakan-rakan di pondok, dia menelefon isterinya. Salam berbalas. “awak sihat?” Aiman duduk di tangga surau papan itu. Syahirah bersuara riang. “Alhamdulillah sihat. Abang tak rindu saya ke? Dah masuk hari kedua baru nak call? Abang tahu tak saya bosan duduk rumah sorang-sorang? Saya dah dua hari tak sembahyang jemaah tau? ” Aiman hanya senyum mendengar coleteh si isteri. “..ha, lagi satu abah kata abang mana ada kerja luar, baik abang cakap abang pergi mana?” tiba-tiba suara Syahirah bertukar sebak. “..saya tahu,saya bukan sapa-sapa dekat abang, tapi tak patut abang tipu saya..” air mata Syahirah mengalir. Aiman terdiam. Syahirah juga diam. Terkejut Aiman tiba-tiba terdengar esakkan. “awak nangis ke?” Diam lagi. “awak, saya…” Syahirah memintas. “tak apa. Saya faham.” Air matanya di seka. “ abang sihat tak?” “Alhamdulillah sihat.” Diam. “Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik sayang.” Terdiam Syahirah.


 Aiman senyum je. “lagi?” “er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..” Aiman ketawa. “next?” “..kalau terjaga pukul dua tiga pagi, solat tahajut..” Aiman hanya mengangguk. “lagi?” “..selalu beristigfar” “okay. Lagi?” “..ingat Allah dalam setiap perbuatan.” “alright, next?” “sentiasa berselawat.” “okay.” “abang ni last.” “apa dia tu?” soal Aiman lembut. “doakan rumah tangga kita sampai syurga.” Aiman senyap sekejap. “sure.” Dari jauh Aiman telah nampak senyuman isterinya di hadapan pintu. Selesai membayar tambang teksi Aiman mengheret bagasi berodanya. Syahirah telah pun keluar menyambutnya siap bertudung. Mereka bersalaman. “Assalammualaikum,awak.” Sapa Aiman. “waalaikumsalam,abang.” Nada ceria. Syahirah bersalaman dengan Aiman. Terpegun juga dia melihat Aiman yang hanya bert-shirt kolar dan berseluar slack serta berkopiah (mungkin Aiman tak perasan).

Wajah Aiman seolah ada sinar keimanan. Sangat tenang! Aiman perasan isterinya memerhatikannya. “er,,awak pandang apa?” Syahirah tersentak. “eh, tak.. abang nampak lain.” “apa yang lain?” Aiman memandang dirinya dan baru perasan akan kopiah di kepalanya. “oh..” jawab Aiman dan menarik kopiahnya. “jom masuk.” Mereka beriringan ke ruang tamu. Aiman telah pun duduk di sofa sementara Syahirah pergi membuat air di dapur. Mata Aiman menebar ke seluruh ruang tamu. Kemas dan bersih.

 Walaupun rumah itu kecil tetapi sangat selesa. Entah. Dulu tinggal dekat villa abah tak pernah rasa selesa dan tenang. “abang nah..” lembut Syahirah menghulurkan gelas itu pada suaminya. Aiman menyambut. “thanks.” “abang, nak tahu tak?”dia duduk bawah melutut depan Aiman yang duduk di sofa itu. “hmm?” Aiman merenung Syahirah. Dia sudah faham dengan sikap Syahirah yang peramah dan banyak cakap ini. Kadang-kadang macam budak-budak. “ada sinetron baru tau.” Berkerut dahi Aiman. “oh, apa benda tu?” “apalah abang ni. itu cerita drama bersiri Indonesia. Tajuknya cinta fitri.” “oh..” gelas di letak di atas meja. “kenapa dengan cerita tu?” “best.” Syahirah senyum hingga nampak lesung pipitnya. Comel! Walaupun penat Aiman masih lagi melayan. “ apa yang best?” “lagu.” Ek.. “oh.. jalan cerita tak best.?” sungguh, ini baru pertama kali dalam hidup Aiman berbual mengenai drama Indonesia. “best jugak tapi sedih.” “kenapa?” “entah. Abang nak dengar lagu tema cerita tu.?” “lagu apa?” “tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga.

Aiman hanya memerhati. “ .. haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada Aiman. “hm, awak ambil satu..” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. “..er..kita dengar sesama..” teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu. Inilah aku apa adanya Yang ingin membuatmu bahagia Maafkan bila ku tak sempurna Sesempurna cintaku padamu “saya baru download tadi..” Syahirah senyum. Aiman turut senyum.

 Sungguh dia tak pernah buat benda luar alam untuk melayan lagu dari seberang. Ini cintaku apa adanya Yang ingin selalu di sampingmu Ku tahu semua tiada yg sempurna Di bawah kolong langit ini “Abang kita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa. “hmmm.” Jalan kita masih panjang Ku ingin kau selalu disini Biar cinta kita tumbuh harum mewangi Dan dunia menjadi saksinya Untuk apa kita membuang-buang waktu Dengan kata kata perpisahan Kedua-dua mereka melayan perasaan dengan lagu itu. Tanpa di sedari Aiman telah melatakkan tangannya di bahu sofa dan spontan menarik isterinya ke dalam pelukkannya. Khusyuk melayan lagu.

 Demi cinta kita aku akan menjaga Cinta kita yg telah kita bina Walau hari terus berganti hari lagi Cinta kita abadi selamanya… Aiman tersentak apabila terdengar azan. Pantas dia menarik earphone itu. Dia menoleh ke kiri. Syahirah dah tidur. “eeerr.. awak…” Aiman cuba mengejutkan isterinya lagi. “awak…bangun. Dah azan Asar ni..” Syahirah bangun dengan mengosok matanya. “abang saya ABC la. Abang solat lah..” Aiman pelik. Apa benda pula dia nak ABC ni. “awak, dah Asar. Kalau nak makan ABC jap lagi kita keluar.” Syahirah memandang Aiman.


“Allah Bagi Cuti. Sakit perempuan.” Aiman teragak-agak. “oh.. haa. Okay. Saya solat dulu.” Aiman telah pun bangun untuk menuju ke bilik. “abang.” Langkah Aiman mati. Dia menoleh. “doakan rumah tangga kita sampai syurga.” Syahirah senyum dan gaya menadah tangan. “sure.” “abang,saya nak cari buku masak..” Aiman hanya mengangguk dengan tangannya yang ada dua beg kertas barang yang dia beli dan Syahirah beli tadi. “..nanti jumpa abang dekat kaunter lah.” Kata Syahirah lagi dan terus berlalu. Aiman hanya senyum dan menghantar dengan pandangan mata. Aiman berjalan ke buku-buku Islamik. Terdetik hatinya tafsir Al-Quran. Aiman pergi ke kaunter pertanyaan dalam kedai buku itu.


“ada boleh saya bantu encik?” “hm, ada tafsir tak? Hmm.tafsir Al-Quran?” “maaf encik tiada stok.” Aiman senyum paksa. “okay. Thanks.” Kenapa tiba-tiba rasa sebak ni. Tiba-tiba, Syahirah datang. “ abang tak beli apa-apa?” “tak. Awak dah jumpa buku?” Syahirah senyum dan menunjukkan buku itu pada Aiman. “tadaaa… nanti kita try dekat rumah ok?” “okay.” Aiman membayar buku itu. Sewaktu mereka telah keluar dari kedai buku itu. Pekerja kedai buku itu berbisik. “wah,romantiknya mereka!” “tahu tak apa. untungkan wanita itu dapat suami yang punya lah handsome dan baik!” “mana kau tahu baik?” “tadi dia nak beli tafsir Al-Quran.” “oh, memang padanlah. Perempuan itu pun alim je.” “sweet kan. Suami dia just pakai t-shirt berkolar dan seluar slack, isterinya just pakai baju kurung dengan tudung labuh. Baju dorang warna match. Jalan pegang tangan” “superb! Romantic!” “kan Allah S.W.T telah berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26) “betul-betul.”

 Aiman sibuk membuat kerjanya di ruang tamu. Lama dia bercuti selepas pergi ke pondok hari itu. Justeru, banyak kerja yang perlu di lakukan. “abang..” sapa Syahirah manja. Aiman senyum. “kenapa?” “nah..” Syahirah menunjukkan sesuatu pada Aiman. Aiman mengambil dan berfikir. “birthday saya rasanya belum lagi..” “abang buka lah dulu. Saya dah ngantok. Jangan tidur lewat-lewat tau. Nanti dah masuk bilik tolong perlahankan air-cond. Nite abang. Assalammualaikum.” Syahirah nampak penat. Mana tidaknya sehari suntuk berjalan. Setelah Syahirah masuk ke bilik. Perlahan-lahan Aiman membuka balutan itu. “subhanaALLAH, tafsir Al-Quran..” terasa macam nak mengalir air mata Aiman. ‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu. Aiman turn off laptopnya. Kertas-kertas yang bertaburan di perkemaskan. Setelah selesai berkemas bahan-bahan kerjanya Aiman mengambil tafsir itu dan masuk ke bilik. Samar-samar. Hanya lampu di sisi katil sahaja yang menyala. Dia lihat Syahirah sudah lena tidur.

 Mungkin penat sangat. Aiman senyum. Dia meletakkan tafsir itu di atas meja make-up. Seluar di lipat. Aiman menuju ke tandas. Dia perlu melakukan sujud syukur kerana dia memang beriya-iya hendakkan tafsir Al-Quran itu. sewaktu pekerja kedai itu mengatakan sudah habis stok dia seakan kecewa teramat, entah. Tidak tahu kenapa perasaan itu timbul. Sungguhlah kemanisan iman itu sungguh manis. “Aiman!! Kamu nak jadi apa ha ni!” tengking Dato Rahimi merangkap abahnya. Aiman hanya tunduk. Sejak menjadi suami Syahirah dia banyak sangat mendiamkan diri. Dia tak banyak cakap.

 Selepas pulang dari pondok agama hari dia tak cepat marah atau melenting. “kamu dengar tak ni?! hari tu kamu pergi mana? Kamu buat hal lagi ya? ni akaun syarikat kenapa jatuh teruk ni!” Dato Rahimi mencampak fail itu di meja pejabat Aiman. “abah, ekonomi dekat sini buat masa ini tak stabil..” Dato Rahimi memandang sinis anaknya. “bukan kamu joli kan semua duit tu?” “Abah..” “dah! Abah tak tahu kamu buat macam mana, abah nak kamu settle kan semua bil-bil ni! “ Tercengang Aiman mana dia ada duit banyak tu. “abah, saya tak da duit banyak tu.” “abah tak peduli. Kamu buat apa yang patut!” Dato Rahimi terus keluar dari pejabat itu. Terduduk Aiman. Ya Allah… tiba-tiba telefon Aiman berbunyi. Shahir. Ada apa abang iparnya ini telefon. “Assalammualaikum.” Lemah Aiman menjawab. “waalaikumsalam, weh Aiman. Kau balik rumah kau sekarang.!” “er, kenapa along?” “kau balik je!” Tersentap Aiman tatkala talian di matikan. Tak tahu pula dia yang abang iparnya ini datang Kepala Batas. Ada apa ya?

 Aiman mengambil briefcasenya. Satu, satu masalah dia dapat. Laju Aiman memandu kereta isterinya itu. Hari ini Syahirah tak kerja cuti sekolah jadi dia pun cuti lah. Syahirah seorang ustazah yang mengajar subjek Sirah. Justeru, Syahirah menyuruhnya membawa kereta dia. “Along.. tolonglah jangan buat kecoh dekat sini..” rayu Syahirah. “eh, kau diam lah dik..” Aiman melangkah masuk ke rumah. “Assalammualaikum.” “hah, sampai pun kau..” Aiman menghulurkan tangan untuk bersalam dengan abang iparnya tetapi lelaki itu tidak melayannya. Aiman menarik kembali tangannya. “kenapa along?” “aku nak bawak Syahirah balik..” Sentap Aiman mendengar. Matanya memandang Syahirah yang telah pun berair mata. “..ta..tapi kenapa?” “kenapa kau tanya? Kau tahu tak? Aku pergi dapur, tak ada makanan langsung! Macam mana kau sara adik aku ha? Lepas tu, aku dengar syarikat kau dah muflis kan?!” herdik Syahir. Sebak Aiman dengar. “along tak boleh buat macam ni..” “apa tak bolehnya! Tak akan kau nak adik aku sara kau pulak! Aku ingatkan abi kahwinkan kau dengan dia kau dah berubah rupanya hampeh je.” “along,kenapa along cakap macam tu?” Syahirah yang tadi berair mata membela Aiman. “kau diam. Dah sekarang aku nak bawa dia balik dekat rumah keluarga kami!” Syahir menarik tangan Syahirah.

 Syahirah sedaya upaya menarik kembali tangannya. “saya tak akan pergi! Tempat seorang isteri di sisi suami!” “hoi, Aiman. Baik kau izinkan. Tak akan kau nak biar isteri kau ni mati kebulur.!” Marah Syahir lagi. Ya Allah, tabahkan hati hamba. Habis satu masalah di pejabat sekarang masalah isterinya pula. Betul juga apa yang abang iparnya cakap. Dia nak bagi makan apa dekat isterinya ini. Memang kali ini dia muflis tersangat! “abang..tolong…” sayu Syahirah meminta pertolongan Aiman. “saya izin..” sebak. “..saya izinkan awak balik.” Terus Syahir menarik adiknya keluar. Air mata Aiman jatuh juga. Mata di pejam. “abang….” Teriak Syahirah sayu sempat menoleh Aiman yang membelakanginya. Aiman terduduk. Ya Allah beratnya dugaan-MU…

Aiman baru selesai solat Maghrib. Sayu hatinya melihat rumahnya itu sunyi. Memang dia tidak ke surau. Rasa nak demam je. Puas dia memikirkan macam mana nak dapat duit nak selesaikan bil-bil nya. Sedang dia termenung di atas sejadah itu telefonnya berbunyi. Terus button hijau di tekan tanpa melihat nama pemanggil. Aiman terkejut mendengar esakkan di talian itu. “awak..” Esakkan itu masih lagi berbunyi. “Ira..awak..” “sampai.. sampai hati abang..” Aiman senyap. “saya buat macam ni agar awak senang…” “tak ada istilah senang kalau saya kene tinggalkan abang sorang- sorang lalui kepayahan.” “awak tak faham..” sayu Aiman jawab. Suara serak Syahirah berbicara lagi. “abang… biarlah susah senang kita bersama.” Aiman senyap. “abang,tolong lah abang. Saya nak jadi isteri yang solehah.” Aiman masih lagi senyap. Air matanya mengalir. Terharu dengan kata-kata isterinya. Di saat semua orang menyalahkannya tapi Syahirah tidak. “abang…tolong jangan senyap macam ni.. saya bersalah sangat ni..” “sayang tak perlu rasa bersalah.” Terdiam Syahirah. Ya Allah…. “abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja. “cuba abang baca..” Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim) Aiman beristigfar. Mata di pejamkan seketika. “sayang..abang betul-betul tak kuat..” buat pertama kalinya kalimah abang itu terluah juga. “abang, tolonglah. Saya nak berada di samping abang saat susah dan senang.” “tapi abang tak kuat nak berhadapan dengan along dan semua orang.” “abang, along hanya insan biasa. Abang ada kuasa untuk membawa saya kembali.…” Aiman hanya diam. “istikharahlah abang, minta petunjuk-NYA…. Assalammualaikum.” Syahirah dah tak sanggup nak berbicara lagi. Talian di matikan. Aiman menarik nafasnya. YA ALLAH……

 Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Jujur dalam berkata-kata. 2) Menjauhi segala yang haram. 3) Merendahkan diri. Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Merahsiakan ibadahnya 2) Merahsiakan sedekahnya. 3) Merahsiakan ujian yang menimpanya. Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Takut berlaku dusta dan keji. 2) Menjauhi kejahatan. 3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman. Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Mengawasi dirinya. 2) Menghisab dirinya. 3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

“Assalammualaikum..” Aiman menoleh. “waalaikumsalam, eh ustaz.” Mereka bersalaman. Ustaz itu senyum. “baca artikel apa itu?” “Nasihat Rasulullah pada Ali.” “oh, Alhamdulillah. Dari tadi ustaz nampak kamu duduk sini. Tak balik?” Aiman senyum. “tenang duduk dekat masjid ni.” “dari Subuh tadi. Dah nak masuk Maghrib ni, isteri kamu tak ikut?” Aiman sentap. “hm,dia balik kampung.” “oh..eh, ustaz nak pergi toilet sekejap. Kamu bacalah buku ini dulu.” Aiman menyambut lembut buku nota kecil itu. Tangannya menyelak muka surat pertama. Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan, Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuan-Nya, Rasa bahagia dengan ujian walaupun perit, Air mata yg menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka, Indahnya tarbiah Allah,tersiram rahmat dan hikmah, Diuji kita sebagai tanda sayang-Nya…. Terkedu Aiman. Ya Allah… Telah dua hari dia tidak berjumpa dengan isterinya. Tipu kalau dia kata dia tak rindu pada wanita yang banyak mengubah hidupnya itu. Memang perit sangat dia rasa. Urusan syarikat pula berkerja keras dia agar dapat projek untuk membayar semua bil-bil syarikatnya. Abah memang dah tak nak tolongnya. Yelah, dulu banyak kali abah tolong, tapi dia yang mensia-siakan. Tapi itu dulu… sekarang lain…

 Assalammualaikum, abang dah makan? – Syahirah.

Aiman membaca message itu dan senyum. Dia tahu Syahirah tidak mahu bercakap voice to voice dengannya. Merajuk tapi still tanya khabar melalui pesanan ringkas (sms). Comel je isterinya itu merajuk.

Waalaikumussalam, Alhamdulillah sudah. – Aiman

Lepas beberapa minit.

Syarikat abang dah okay? – Syahirah.

Doakanlah ada projek yang masuk. – Aiman

Solat Dhuha lah abang. Solat itu membuka rezeki. insyaALLAH, kalau kita sabar berdoa dan berusaha Allah akan tolong. – Syahirah.

Aiman senyum membaca message itu. insyaALLAH. – Aiman.



 “Assalammualaikum, abi.” Aiman menelefon ayah mertuanya, Haji Amran. “waalaikumsalam. Aiman, kenapa ni?” nada risau. “abi,saya… saya..” tak terluah oleh kata-kata. “Aiman, abi faham. Sekarang kamu buka email kamu. Abi ada hantar satu video. Kamu hayati dan kamu fikir lah baik-baik. Bersabar ya Aiman.” “terima kasih abi.” Selepas salam berbalas. Talian di matikan. Syukur,abinya seorang yang memahami. Aiman membuka emailnya. Abinya agak moden kerana seorang dekan di sebuah university terkemuka di tanah air. Wajarlah, alongnya tak mahu adiknya Syahirah itu hidup melarat. Matanya tertala pada email versi video itu. kamu hayati dan kamu renung2kan lah. Kesian, abi tengok Syahirah. Dia sangat memerlukan kamu. Air matanya jatuh lagi saat melihat video itu. Sungguh, dia hampir melepaskan tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Astarfiruallahalazim. Erat Syahirah memeluk suaminya saat Aiman masuk ke dalam rumah abinya tadi. Haji Amran hanya senyum melihat mereka. “abang please.. jangan tinggalkan saya lagi..” esak Syahirah. Aiman yang terkedu itu mengesat air mata Syahirah. “shhtt, abang dah datang ni. jangan nangis lagi ya.” mata mereka bertentangan. Syahirah mengangguk dan memandang abi dan uminya. “jaga dia baik-baik Aiman.” Pesan Hj. Amran. “terima kasih abi, umi..” sayu sahaja Aiman bercakap. Teringat nasihat abinya itu. Mujur alongnya ada conference dekat Seoul,Korea. Tak perlu dia berdebat dengan alongnya itu. Terima kasih Ya Allah, KAU permudahkan urusan ini. “kami balik dulu abi, umi.” Aiman bersalaman dengan kedua mertuanya itu di turuti Syahirah. “Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.” “saya sayang abang.” Luah Syahirah sewaktu mereka dalam kereta perjalanan untuk pulang ke rumah. Aiman yang tengah memandu itu senyum. “saya pun sayang awak juga.” Syahirah senyum senang. “Ira…” panggil Aiman. “ya?” Syahirah memandang suaminya yang tengah memandu itu. Aiman diam sekejap. “thanks.” “thanks untuk apa?” “sebab awak saya dah banyak berubah.” Syahirah ketawa kecil. “bukan saya lah tapi Allah. Allah yang ketuk pintu hati abang.” “tapi kalau abang tak jumpa inspirasi hati abang ni, abang tak berubah..” kata Aiman. Syahirah senyum. “saya hanya pengantara je. Semua itu telah tertulis di Luh Mahfuz.” Aiman mengangguk dengan mata yang masih lagi focus memandu. “thanks lagi sekali.” Dahi Syahirah berkerut. “untuk apa pula?” “settlekan bil-bil syarikat tu..” “kita suami isteri kene saling membantu.” “mana Ira dapat wang banyak macam itu?” Syahirah senyap. Sebenarnya itu wang yang di kumpul sebelum kahwin lagi untuk dia menunaikan haji dan untuk kos perubatan barah hatinya yang dia rahsiakan daripada abi,umi dan along . Dia bersyukur Allah beri penyakit itu, dia rasa beruntung kerana dia akan sentiasa mengingati mati dan bertaubat atas setiap kesalahannya. Biarlah,hanya dia dan Allah yang tahu derita bahagia ini. Aiman memandang Syahirah sekilas.

“sayang..mana awak dapat wang banyak macam itu?” Syahirah terkelu. “hm,rezeki Allah.” “dari mana? Tak akan turun dari langit kot?” soal Aiman lembut. “abang, jom kita makan dekat restoran tu, lapar pula rasanya.” Syahirah menunjuk ke arah sebuah retoran di sebelah kiri itu. Aiman terus lupa apa yang dia soal tadi. Kereta di belokkan. Sewaktu makan di restoran itu mereka bertukar cerita dan ketawa. Tiba-tiba , Syahirah terbatuk. Aiman terkejut. Syahirah terkejut tangannya berdarah selepas dia menutup mulut tadi. Aiman terus menerpa ke arahnya. “awak.” Terkelu lidah Aiman sewaktu melihat darah itu. Syahirah senyum. “biasalah ni, panas tu yang berdarah tekak tu.” “kita pergi klinik.” Syahirah dah pening. “tak apa. Ni panas ni. Dah biasa.” “no… nampak serious ni.” ujar Aiman yang melutut di sisi Syahirah yang duduk di kerusi itu. Syahirah ketawa perlahan yang di buat-buat. “abang ni, panas je lah ni. saya nak pergi toilet jap.” Sedaya upaya Syahirah cuba melangkah. Kepalanya tiba-tiba berdenyut. Sakitnya Ya Allah. Aiman tak tahu nak buat apa. Hanya dengan pandangan dia menghantar isterinya itu. Sebak tiba-tiba hatinya. Ya Allah, semoga semuanya baik-baik sahaja. “abang, bangun..” Syahirah menggerakkan Aiman di sebelahnya. “..Encik Aiman, bangun..” kejut Syahirah lagi. Kenapa tak bergerak ni. Kuat Syahirah menggerakkan Aiman lagi. “abang….abang.. bangun…” Aiman membuka matanya perlahan-lahan. “hmm, kenapa sayang?” “abang,jom buat qiamullai berjemaah. Kita tak pernah qiamullai berjemaah.” Aiman duduk menghadap Syahirah. “dah pukul berapa?” “hmm, 4.30 pagi.” “jom.” Ajak Aiman. Kini, dia telah yakin untuk menjadi imam tidak sia-sia dia ke pondok agama hari itu. “..sayang ambil wudhuk dulu..” “okay.”

Sebelum turun dari katil sempat Syahirah mencium pipi Aiman. Terkejut juga Aiman. “mimpi ke reliti ni?” seloroh Aiman dan memegang pipinya yang di cium tadi. Syahirah hanya ketawa halus dan masuk ke bilik air. Selesai berqiamullai dan membaca doa Aiman bersalaman dengan Syahirah. “abang,saya nak minta maaf kalau saya ada terkasar bahasa dan menyakitkan hati abang.” Seperti biasa Syahirah akan sentiasa memohon kemaafan pada suaminya selepas solat. “..halalkan semua makan minum.” Aiman menarik Syahirah dalam pelukkannya. “abang pun nak minta maaf tersalah kata dan menyakitkan hati awak. Abang, minta halal juga semuanya ya.” dahi isterinya di cium. “Allah makbulkan doa saya untuk dapat suami yang soleh.” Kata Syahirah dan senyum. Aiman hanya senyum. “hm, nak ikut abang Subuh dekat surau tak?” Syahirah geleng. “boleh ea abang. Saya nak sembahyang dekat rumah je. Letihlah.” Aiman mengangguk. “oklah. Nanti abang belikan sarapan.” “okay, saaaaayang abang !” lirih Syahirah dan senyum. “sayang awak juga.” Aiman memasukkan keretanya ke dalam porch rumah selepas pulang dari surau. Sebelum keluar dia mengambil plastik yang mengandungi dua bungkus nasi lemak. Aiman keluar dari kereta.


PRRRANGGGGG!!!!!!!! Terkejut Aiman mendengar pinggan pecah. Terus dia berlari masuk ke rumah. Aiman ternampak kelibat dua orang berbaju hitam dan bertopeng. Pantas dia cuba mengejar dua makhluk yang pecah masuk rumahnya itu. Dia berlari ke dapur. Terkejut Aiman sewaktu dia ke dapur. Darah berlimpahan. Isterinya. “Sayang !!!!” jerit Aiman melihat Syahirah yang menahan sakit akibat di tikam dengan pisau. Aiman cuba mencari dua orang kelibat tadi, tapi malangnya ada orang telah menerkup mulutnya dengan kain yang mengandungi bahan kimia yang membuatkan Aiman tidak bernafas dan pengsan.


**********
Aiman terpisat-pisat bangun. Kepalanya seakan sakit. Sewaktu mata terbuka dia terdengar suara orang yang hendak masuk ke rumah. Matanya beralih ke kiri. Ya Allah. “sayang..” Aiman memangku Syahirah yang lemah itu. Entah macam mana dia boleh memegang pisau. Aiman mencampakkan pisau itu. “ha, ini tuan yang membunuhnya!” terkejut Aiman tatkala anggota polis masuk ke dalam rumahnya. “bukan saya.” “dah bawak dia. Cuba periksa nadi mangsa.” Tangan Aiman bergari. “bukan saya!..” Aiman terkejut melihat abahnya juga turut di disitu. “Abah! Bukan Aiman!!! Abah!!” anggota polis itu membawa Aiman keluar rumah. Abahnya hanya menggeleng dengan air mata berlinangan. “kalau kamu tak suka dia pun janganlah sampai macam ni…” sayu abahnya berbicara. “bukan Aiman bah!!” Sewaktu keluar. Memang dah ramai orang di luar rumahnya. Aiman memandang abi,umi dan alongnya. “abi, bukan saya, umi!!” meronta-ronta Aiman. “sedangkan orang gila tak mengaku dia gila, inikan kau yang waras nak mengaku kau bunuh adik aku!” herdik abang iparnya yang mata merah mungkin sebab menangis. Aiman cuba meronta. “bukan saya! Abi!! Umi!! Percaya saya..” “cepat bawa dia!” arah alongnya. Ya Allah dugaan apa yang KAU berikan ini. Ya Allah izinkan hamba dapat berjumpa dengan isteri hamba. Ya Allah…………. Semoga dia selamat. Air mata Aiman jatuh tika pandangan rumahnya makin hilang. Sayang… Bantu hamba Ya Allah……… Haji Amran melawat menantunya di penjara. “abi..percayalah saya..” Haji Amran senyum. “sabar Aiman, kebenaran akan terungkap, bersabarlah..” “abi, macam mana keadaan Syahirah?” Haji Amran senyap. Air matanya bergenang.
  

Sebak dadanya. “abi kenapa dengan isteri saya?” Haji Amran hanya senyap dan senyum terpaksa. “bersabarlah Aiman, berdoa banyak-banyak. Doa itu senjata muslim gunakan sebaik- baiknya.” Haji Amran bangun dari kerusi itu. “abi,jawab saya abi. Syahirah macam mana?” mengalir air mata Aiman tatkala ayah mertuanya tidak menjawab soalan. “abi,kene pergi dah ni. banyak-banyakkan bersabar. Ingat Allah sentiasa. Assalammualaikum.” Haji Amran terus keluar dari bilik itu. Lemah lutut Aiman mendengar kata-kata abinya itu. Ya Allah, hamba tak kuat….. “abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja. “cuba abang baca..” Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim) “Encik,saya nak sejadah dan tafsir Al-Quran..” kata Aiman pada warden yang menjaganya itu. Alhamdulillah,sepanjang dia di penjara itu. warden-warden di ditu berlembut dengannya. Terima kasih Ya Allah, KAU melindungi aku. Aiman membuat solat sunnat. Selepas itu dia membaca Al-Quran. ‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu. Air matanya terus mengalir sewaktu membaca ayat-ayat suci itu. Basah tafsir itu dengan air matanya. Allah…

Belajar DIAM dari banyaknya BICARA Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN Belajar TAWAKKAL dari UJIAN Belajar REDHA dari satu KETENTUAN..

 “Alhamdulillah.” Berulang-ulang ayat itu keluar dari mulutnya. Haji Amran hanya senyum melihat wajah menantunya itu. “bebas juga saya abi..” kata Aiman. “Alhamdulillah, Allah tunjuk kekuasaanNYA dengan anggota polis yang menemui kain yang menerkup kamu itu dan dompet perompak yang tercicir itu.” Aiman senyum. Terima kasih Ya Allah. “abi,jom jumpa Syahirah.” Bicara Aiman ceria. Haji Amran tersentak. Dia hanya mengangguk. Aiman duduk di bahagian sebelah memandu. Abahnya telah berangkat ke umrah, sebagai tanda bersyukur Aiman tak bersalah. Aiman hanya senyum sepanjang jalan. Tak sabar hendak bertemu isterinya. Rindu. Hampir sebulan dia tak bertemu. Haji Amran berhenti di hospital.

Aiman terkejut. “abi, kenapa di sini?” “turun dulu Aiman. Jom.” Ajak Haji Amran. Aiman hanya menuruti. Sewaktu tiba di depan wad Aiman terkejut melihat ramai orang. Dia merenung dari luar sebuah bilik itu. Dia nampak abang iparnya dah duduk menangis. Dia nampak uminya tengah menangis. Dia nampak doctor. Perlahan Aiman melangkah ke arah bilik itu. “maaf, dia tak dapat di selamatkan.” Lemah lutut Aiman dengar. Bukan. Salah ni. Aiman menghampiri katil itu. “barah hatinya dah kriktikal, effect. Dia tak dapat nak survive. Bersabarlah.” Kaki Aiman hampir di tepi katil itu. Ya Allah… Air matanya cuba di tahan. Sakit! Dia lihat Syahirah baring tenang di atas katil itu. Aiman mengangkat sedikit kepala isterinya itu dan di kucup dahi isterinya lembut. Selepas itu, kakinya sangat lemah. Ya Allah beratnya ujian ni.. “TAK!!!!!” jerit Aiman dan terduduk. Dia menangis. Haji Amran menenangkan menantunya itu. “sabar Aiman…bawa mengucap.” “bukan Ira abi..bukan dia…” tangis Aiman. Haji Amran mengusap bahu Aiman. “dah di tentukan ajalnya..” sebak Haji Amran.

“tak…tak…bukan dia..” sayu Aiman mengungkap. Sekali lagi dia memandang wajah jenazah isterinya itu. Sakit. Ya Allah sakitnya rasa ini. Sakit sangat! Kenapa Ya Allah. Syahirah………. Air mata lelakinya deras mengalir. video cinta kita – click sini =) “lagu apa?” “tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga. Aiman hanya memerhati. “ .. haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada Aiman. “hm, awak ambil satu..” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. “..er..kita dengar sesama..” teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu. “Abang kita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa. “hmmm.” kenapa harus begini…..


Aiman menutup buku agama yang di bacanya itu. Buku itu di letak di sisi katil. Pelipisnya di gosok. Ya Allah. Sedar tak sedar hampir masuk setahun setengah Syahirah pergi menemui Ilahi. Sungguh, hampir 5 bulan dia cuba kembali ke reality. Abah dan abinya puas meredhakan hatinya. Puas mereka menghantarnya berubat. Waktu itu, hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa sedihnya dia kehilangan orang yang di sayangi dalam sekelip mata. Benarlah, ajal maut ketentuan tuhan. Akhirnya, dia akur. Setiap hari tak pernah dia lupa untuk membacakan Yassin untuk isterinya. Isterinya yang solehah. Inspirasi Hatinya. Aiman turun dari katil dan keluar dari biliknya. Kini, dia kembali tinggal bersama abah dan mamanya di villa mereka. “Aiman, nak pergi mana?” Dia senyum. “ma..” Aiman menghampiri mamanya dan di cium tangan wanita itu. “nak keluar.” “pergi mana malam-malam ni?” soal abahnya pula. Aiman bersalaman dengan abahnya pula. “hm, pergi masjid. Aiman pergi dulu. Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.”


Aiman meletakkan kereta sportnya di hadapan masjid itu. Senyumnya terukir. Dia keluar dari kereta. Kaki melangkah masuk di pintu utama masjid. Setelah berwudhuk. Aiman melakukan solat sunnat masuk masjid. Setelah itu dia melakukan solat sunnat taubat dan solat sunnat yang lain. Selesai melakukan solat dia membaca Al-Quran pula. “Assalammualaikum.” Sapa seorang lelaki separuh umur. Aiman memberhentikan bacaannya. “waalaikumsalam.” “anak musafir ke? Dah lewat malam ni.” Aiman senyum. Dia tahu dah hampir 12 tengah malam. “saya ingat nak tidur sinilah pak cik.” “oh, kalau begitu pak cik balik dulu lah ya.” Aiman mengangguk. Setelah hampir satu juzuk Aiman baca matanya sudah mahu terlelap. Aiman menyimpan semula Al-Quran itu ke rak. Sejadah di ambil untuk di jadikan bantal. Aiman membaringkan badannya. “Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik sayang.” Terdiam Syahirah. Aiman senyum je. “lagi?” “er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..” Aiman menadah tangannya untuk membaca doa tidur. Ya Allah, rindunya hamba pada dia. Air mata Aiman mengalir. Dia baring mengiring ke kanan. Mata cuba di lelapkan. Tiba-tiba, mata Aiman terpandang seseorang. Sayang. Aiman bangun. Dia menghampiri Syahirah yang senyum memandangnya dengan siap bertelekung. “sayang..” Aiman menggenggam tangan Syahirah. “jangan tinggal abang lagi.” Tangan itu di kucup. Syahirah hanya senyum dan menarik tangan Aiman agar mengikutinya. Lemah lutut Dato Rahimi dan isterinya sewaktu mendapat berita itu. Cepat mereka bergegas ke masjid yang di katakan pemanggil itu. “tu lah Dato. Malam tadi saya jumpa dia sebelum arwah meninggal. Dia kata nak tidur masjid. Saya ya kan je lah. Tak tahu pula saya yang ajalnya dah makin tiba.” Sebak Dato Rahimi mendengar. “terkejut saya pagi tadi melihat dia tidur. Saya kejutkan dia untuk bangun Subuh tapi tak bergerak-gerak, tu saya suruh orang check nadi dia. Dia menemui Ilahi.” Mengalir air mata isteri Dato Rahimi. Ya Allah, semoga roh anak kandung dan menantunya di bawah rahmat-MU. Al-Fatihah.










  

Berharganya Kaum Hawa


Assalamualaikum.
Entry untuk kali ni Bihah ambik dari sebuah buku motivasi. Tajuknya MEMBINA RASA SAYANG, karya DR. HM TUAH ISKANDAR AL HAJ. Semua yang beliau tulis memberi banyak motivasi dan yang Bihah paling suka ialah RAMA-RAMA DAN CINTA LELAKI. Sebenarnya Bihah da post pasal ni kat fb. Bagi yang da baca tu, nak baca sekali lagi pon takpe. Kat bawah ni Bihah tulis sikit pasal cite tu.

      Wahai wanita, anda adalah perhiasan. Dunia ini menjadi indah kerana adanya anda yang bernama wanita. Tanpa anda dunia pasti disebulungi sugul. Para lelaki yang mendiami bumi ini akan ketandusan kasih.

      Wahai wanita, anda ibarat rama-rama yang mengindahkan lagi alam. Anda telah menyempurnakan keindahan bunga. Sempurnalah keindahan apabila bunga dikitari sang rama-rama.

      Namun anda yang bernama wanita, mengapa ramai sekali yang sengaja merosakkan diri di tengah-tengah kebuasan lelaki. Memang keinginan untuk berteman fitrah insan, tapi tak usah mangsakan diri anda untuk lelaki yang kurang perasaan.

      Memang ramai wanita berasa bangga apabila digilai ramai lelaki. Tapi wahai wanita, sayap anda yang indah itu akan luntur sedikit demi sedikit, melekat dijari lelaki tatkala menyentuh anda, sebagaimana sayap rama-rama berpindah coraknya ke jari anda tatkala anda menyentuh serangga kecil itu.
      Apakah anda tidak berasa rugi? Apakah anda tidak terasa apa-apa yang hilang?

      Jika anda sorang wanita sejati, anda patut berasa rugi sebab ketahuilah, lelaki amat berbangga sekali apabila dia dapat meletakkan tangannya ke atas tubuh anda sedangkan dia tahu dia tidak berhak berbuat begitu. Bezanya lelaki dengan wanita, lelaki tidak kehilangan apa-apa biar berapa ramai wanita yang ada di sekelilingnya tetapi anda pasti rugi setiap kali ada tangan-tangan yang tidak berhak hinggap di tubuh anda.

      Wahai wanita, kasihanilah diri anda dengan menjadikan diri anda berharga. Nilai anda tentu terletak pada harga diri yang hanya sanggup dibayar oleh seorang lelaki dengan harga kejujuran. Apalah ertinya digilai kalau yang menggilai hanya lelaki yang tidak tahu diri.

      Anda sama sekali tidak berharga biarpun tinggi nilainya dimata lelaki yang tahunya melihat anda sebagai 'alat'.

Tapi anda ibarat mutiara di puncak bukt dimata seorang lelaki yang jujur. Memang sukar sedikit untuk mencari mereka. Biar terlewat sebab bersikap pemilih daripada tersalah pilih. Lelaki terbaik tidak mudah ditemui dimana-mana. Dia satu dalam seribu. Sudah tentu untuk mencarinya payah. Itu lebih baik daripada bertemu insan yang salah, sudahnya hanya mencemamaikan hidup anda.

Pengisian di Bulan Ramadhan



Hye u'olls. Lama da tak update. Almaklumlah, orang busy la katakan. Hihi. Ni pon baru je lepas jawab kuiz marketing. Ok, sempena bulan Ramadhan ni, Bihah nak ucapkan selamat berpose dan jangan ponteng pose taw. Berdosa besar tu. Hmmph, korang da beli baju raye belum ? Baju raye colour pe? Share-share la ngan Bihah. Bihah nak taw jugak. Mesti comey-comey semua ney. Hehe. Eh, back to the topic, entry kali ney Bihah nak share pasal rukun solat. Apa makna untuk semua bacaan dalam solat tu. Tapi sebenarnya Mr. A Bihah yang bagi semua tu.  Terima kasih kat dia jugak la sebab bagitahu Bihah pasal ney. Hee,s empena bulan Ramadhan ney, nak la kumpul banyak sikit pahala kan. Same goes to u right? Hope u'olls baca la. Entry ney boleh menambahkan pengetahuan korang dan bagi sesiapa yang belum taw tu, baca-baca la. Jangan malas pulak. Info ney cukup bermakna untuk anda semua. Cewah. Haha. Lihat gambar di bawah ini ye..

# kalau tak nampak tulisan kat gambar tu, klik je gambar tu..insyaalah korang akan nampak tulisan tu...=)





 




 



 





























Novel : Awak Suka Saya Tak ?

Assalamualaikum. 
Hye. Entry kali ni  Bihah nak cerita pasal novel. Har, tengok tajuk kat atas tu pon da boley taw kan. Salah satu novel yang paling bihah suka ialah novel karya Melur Jelita yang bertajuk "AWAK SUKA SAYA TAK". Best taw novel ni. Sape-sape yang belum bace novel ney , har cepat-cepat lah pergi ke kedai buku yang berdekatan dengan anda semua. Cari buku yang bertajuk seperti yang tertera di atas. Tak rugi pon bace buku ni sebab buku ni bez giler kot. Hee. Kat sini Bihah kasi sinopsis kat belakang buku ney.

Kisah kasih sayang di antara Hilman Yong , kacukan Korea-Amerika-Cina dan Intan Zulaikha. Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan itulah mereka berjodoh. Namun, apakah kesudahan jodoh mereka apabila Hilman Yong, seorang yang baru mengenali Islam lebih mencintai Islam daripada Intan Zulaikha yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan akibat perselisihan faham dan ego?

Muncul pula Damien Yong yang sentiasa menyesakkan dada Intan Zulaikha dengan aksinya yang daring, sexy, nakal dan menggoda. Intan terpaksa bersabar dengan Damien semata-mata untuk mendapatkan semula Hilmannya...seorang hamba Allah yang penuh kesabaran dan kesopanan.

Hilmanku...sifuku...kekasihku.Kembalilah..."Saya tak pernah tinggalkan awak. Walaupun awak jauh, saya dapat melihat awak. walaupun awak jauh, saya dapat merasa kehadiran awak.  Walaupun awak jauh, saya dapat mendengar awak. Saya sentiasa di sisi awak. Awak sentiasa di sisi saya, di sini..." Hilman Yong.

"Don't worry. I won't kiss you. Saya tak cium sembarangan gadis. Saya tak ada selera dengan gadis biadap dan sombong seperti awak. Cik Zulaikha...saya nampak kehampaan di wajah awak. You really want me to kiss you. I can feel it. I can see it. From your eyes...your lips. Tetapi seperti saya cakap tadi, saya takde selera dengan orang biadap. Ciuman saya tidak semurah itu. Hanya untuk gadis bertuah dan terpilih saja." Damien Yong.

"Saya akui saya gembira bersama Mr. Damien. Saya tak boleh menyembunyikan perasaan saya tetapi perasaan saya terhadap Mr. Damien sepertimana kita bersenntuhan di malam itu. Boleh saling melihat, saling bersentuh, saling bercium...tetapi hanya di dinding kaca. Ada batas dan sekatan yang tidak boleh dipecahkan...walaupun cuba dipecahkan pasti kita akan cedera, ditusuk dan dihiris. Itulah Islam. Yang menjaga maruah dan kesucian sesuatu hubungan. Hanya hubungan halal yang boleh melenyapkannya." Intan Zulaikha.


Ni cover depan novel tu. So senang la korang nak cari kat kedai buku tu..=)

Tips : Jom Kendali Kolestrol

 Assalamualaikum.
Kolestrol berlebihan mengundang pelbagai penyakit. Orang kurus juga tak terkecuali taw. So beware. Jangan ingat korang da selamat. Ape yang perlu kite lakukan erk???

1. Diet
  • Korang kena pilih makanan yang rendah lemak taw. Contohnya, meminum susu tanpa lemak dan elakkan memakan kulit ayam. Kulit ayam memang best kan. Lebih-lebih kulit ayam kfc. Umm, nyum3. Hehe. Tapi nak makan tu, kena control la. Nanti tak pasal-pasal kolestrol tinggi.
  • Elak menggunakan minyak menggoreng berulang kali kerana ia menyimpan kadar kolestrol yang lebih tinggi. Har, korang kena bagitahu mak korang taw. Yela, mane la taw kan mak korang nak berjimat, dia just guna minyak yang telah digunakan. Hee. 

2. Makanan berserat tinggi
  • Korang kena perbanyakkan memakan makanan yang berserat seperti gandum, kekacang, sayur dan buah. Makanan seumpama ini mampu menyerap kolestrol yang ada di dalam darah dan mengeluarkannya dari tubuh. So, lepas ni pergi supermarket beli buah banyak-banyak. Best taw makan anggur, epal, oren. Banyak bagi manfaat kat kita..=)

3. Makanan antioksidan
  • Kandungan antioksidan banyak terdapat dalam buah seperti jeruk, strawberi, betik dan labu. Mengamalkan memakan bawang putih secara teratur juga dapat menurunkan kadar kolestrol dengan lebih baik. Tapi err..Bihah tak suka makan bawang putih. Hehe.


4. Hindari alkohol + rokok
  • Har, yang ni fokus untuk lelaki sebab kebanyakkan lelaki yang merokok kan. Korang kena beware. Merokok atau mengambil minuman keras memudahkan kolestrol tertumpu pada aliran darah.



 5. Olahraga

  • Berolahraga secara teratur yang sesuai mengikut umur dan kemampuan. Ini amat penting dalam menjaga berat badan supaya berat badan korang kekal ideal.





6. Snek
  • Makanan 'ringan' tak bererti makanan ni tak mendatangkan penyakit yang berat. Makanan ringan ini boleh buat kita dapat penyakit kronik taw. So, kurangkan memakan kentang goreng, nuget, keropok, burger mahupun minuman bergas. Adoi, macam mane ni. Tiap-tiap malam bihah selalu makan kentang goreng..=.=

7. Label
  • Korang jangan mudah tertipu dengan isi kandungan yang tertera pada label makanan taw. Perhatikan betol-betol label dan jumlah kalori yang dinyatakan supaya apa yang dimakan adalah selamat. 

Tips : Khasiat Epal Hijau

Tahukah korang dengan mengunyah sebiji epal hijau dan meminum jusnya setiap hari mampu mengurangkan kolestrol dalam badan? Lihat sahaja kebaikan-kebaikan epal hijau di bawah.


1. Mencegah terbinanya kolestrol dalam dinding salur darah.      

2. Mengurangkan risiko sakit jantung.               

3. Membantu kesihatan membran paru-paru.                                    

4. Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.

5. Membantu sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolestrol darah.

6.  Membantu mengekalkan berat badan.

7. Mengurangkan tekanan penyakit asma.     

8. Membantu mengurangkan risiko barah.

9. Vitamin di bawah kulit epal mampu mencantikkan kulit. Oleh itu, makanlah dengan kulitnya sekali taw!

10. Membantu membersihkan saluran usus dan pembuangan toksin-toksin dengan pantas menerusi sistem pencernaan.

11. Membantu masalah sembelit dengan mengisar epal hijau bersama saleri dan minum setiap pagi sebelum melakukan aktiviti harian korang.


Tips : Kebaikan Pisang

Assalamualaikum.
Korang kenal pisang tak? Ish, mestilah kenal kan (ape yang aku duk merepek ni). Pisang ade banyak jenis kan. Kalau korang nak tahu, google la sendiri. haha. Ok, malas betol Bihah. Yela, Bihah nak cite pasal kebaikan pisang je. So, take a look down below.

1.  Pisang dapat menanggalkan sel kulit mati anda.
  • Korang ambik pisang, then hancurkan sampai lumat bersama buah strawberi. Add a little bit minyak zaitun and oles lembut pada kulit once a week.
2.  Pisang dapat menegangkan payudara.
  • Korang ambik pisang, hancurkan bersama madu. Pastu korang sapu di sekitar payudara anda sampai kering. Then, bilas dengan air suam.

3.  Pisang dapat mencerahkan kulit.
  • Ambik pisang lagi dan hancurkan bersama oat. Pastu sapu kat muka sampai kering. Tunggu dalam 10-15 minit dan bilas dengan air suam.
4.  Pisang dapat melembutkan kulit anda.
  • Ambik pisang, yoghurt dan minyak zaitun dan kisar kesemuanya. Kemudian sapu pada wajah. Biarkan kering selama 15 minit dan perlu dibilas dengan air mawar once a week.
5.  Pisang dapat menghilangkan parut
  • Har, sape yang ade parut tu, boley la guna pisang ni. Korang ambik je kulit pisang dan gosok pada parut anda. In shaa Allah akan hilang.
6.  Pisang dapat menurunkan berat badan.

  • Yang ni mesti ramai yang suka kan? haha. Makan pisang dan minum susu rendah lemak setiap hari. Ini kerana ia dapat membantu menurunkan berat badan dan menyegarkan badan anda.
7.  Pisang dapat melancarkan peredaran darah.
  • Dalam pisang terkandung kalium dan potassium. Ia berfungsi untuk membantu peredaran darah dan oksigen dalam tubuh tanpa memberi wajah pucat.
8.  Pisang dapat memberikan tenaga kepada anda.
  • Kandungan gula dalam pisang mudah dicerna dan diubah menjadi sumber tenaga dapat menghilangkan rase lelah.

Tips : 25 Tip Cinta Beretika

 


"Boleh pandang-pandang,jangan pegang-pegang,duduk renggang-renggang..." Tak salah bercinta. Asalkan korang tahu adab pergaulan. Jangan sampai terlalu melayani perasaan romantik sampai menjadi mangsa 'touch and go". Kalau bf korang nak sentuh, korang karate je dia. Tak pon bagi rasa tapak tangan korang kat pipi dia. Hehe
 
1. Jaga penampilan diri kerana semua orang suka akan kecantikkan dan kekemasan. Tak perlu mendedahkan tubuh badan untuk kelihatan cantik kerana cantik tu luas. Buat tambah dosa je pakai pakaian seksi-seksi ni. Bihah tengok pon terseksa. Hihi


2. Ikhlas memulakan perhubungan dan bukannya berlakon menjadi orang lain yang akhirnya akan menjerat diri sendiri. Ni tak, bile jupe bf je, control ayu. Kalau makan bersama bf, mulut tu bukak siket je. Tapi kalau kat rumah, adoi tak yah nak cakap la. Fikir-fikirlah sendiri. Hehe

3. Ketika berinteraksi, gunakan bahasa tubuh seperti gerakan tangan, renungan mata dan tumpukan perhatian ketika dia bercakap. Meskipun excited tapi usah 'panjangkan' tangan menyentuh si dia. Sabar dulu. Nak sangat sentuh, pergi masuk meminang terus.

4. Tak salah korang berfikiran negatif supaya korang lebih berhati-hati. Dengan berhati-hati,hati korang tak mudah untuk dimainkan oleh cinta palsu. Lebih-lebih lagi kalau lelaki tu hensem, hish yang tu memang kena watch out betol-betol. Manelah tahu belakang kite dia mengayat pompuan lain. Kita tak tahu kan.

5. Penting juga berfikiran positif supaya korang lebih mudah menerima keikhlasan cinta seseorang asalkan tak menaruh kepercayaan 100%.

6. Elak bercerita perkara peribadi. Dia bukannya husband or wife kite lagi. Lebih baik bercerita tentang kerjaya, hobi dan kesukaan masing-masing. Jangan sesekali terlalu bebas bercerita sehingga menyimpang landasan.

7. Jangan terlalu fokus berbual tentang masalah, kesibukan kerja dan sebagainya kerana selalunya ramai orang mengambil kesempatan untuk membantu tanpa  niat yang betul. Jaga-jaga..!
 
8. Jangan kedekut memberi pujian ikhlas tapi jangan pula terlalu taksub dengan pujian yang berlebihan kerana tentu ada niat di sebaliknya.

9. Tunjukkan korang mengambil berat pada pasangan. Tolong mengangkat beg, membuka pintu dan lain-lain tanda korang prihatin. Bukannya tolong 'membuka' sesuatu yang tak patut dibuat ye. Hehe

10. Jangan bersikap terlebih mesra dengan suka mengikut ajakan dia ke mana sahaja kerana ni memberi tanda bahawa korang mudah didekati dan bersikap terbuka.

11. Apabila korang melakukan kesalahan, jangan malu untuk mengakuinya dan ringankan mulut untuk mengucapkan "maaf". Tapi ingat, jangan sampai memalukan diri sendiri.

12. Jangan takut menegur kesalahan kekasih. Bukan tak beri peluang tapi setakat cinta monyet, korang tentu ada alasan kukuh untuk mempertahankan diri.

13. Ada banyak lagi kawasan menarik yang lebih luas, terang dan terbuka. Jangan menerima ajakan kekasih ke tempat sunyi lagi bahaya  kononya mahu lebih privasi.

14. Ketika membincangkan sesuatu masalah, usahlah berangan seolah-olah korang berada di zaman klasik. Siapa tahu maksud tersirat tu lain maknanya buat si dia. Berterus terang supaya korang faham akan kemahuan si dia.

15. Jangan terlalu menonjolkan diri korang tu seorang yang berfikiran moden dan tahu segala-galanya. Boleh jadi kesempatan ini diambil dengan mengajak korang ke satu aktiviti sosial.

16. Ketika membincangkan masalah, tumpukan kepada permasalahan, persoalan dan jalan penyelesaian. Bukannya menyalahkan dan menuding jari kepada sesiapa.

17. Jangan membandingkan kekasih korang dengan orang lain terutamanya bekas kekasih mahupun kawan baik, seolah-olah korang lebih mementingkan dorang.

18. Semua orang mempunyai sikap ego namun hormati juga ego kekasih dan jangan merendahkan ego dorang di hadapan orang ramai. Jika si dia sedang marah, lebih baik berdiam saja.

19. Merajuk memang sinonim dengan perempuan. Apa lagi, pujukan manis dan kata rayuan adalah senjata tapi awas, jangan terlalu cair sehingga diri sendiri yang hancur..!

20. Setiap masalah harus diselesaikan  dan bukannya ditinggalkan dengan alasan "ah! lupakan saja". Percayalah suatu hari nanti masalah ini akan dibangkit semula menjadi satu masalah baru.

21. Biarkan kenangan pahit berlalu kerana di sebaliknya pasti tersembunyi hikmah. Bersyukurlah bahawa ujian menjadikan korang lebih tabah.

22. Amboi-amboi, gunakan ganti nama yang lebih mesra. Panggil si dia dengan nama lain dari yang lain sebagai tanda istimewanya dia.

23. Kekasih juga mempunyai rakan-rakan. Oleh sebab itu, saling mempercayai dalam hubungan adalah penting dan jangan pergaulannya. Nanti si dia lari kerana rimas, siapa susah?? Awak jugak. Hihi

24. Jangan membazirkan masa dengan sekadar duduk berdua-duaan meskipun minum di kedai-kedai. Ajaklah kekasih melakukan aktiviti rekreasi seperti bermain boling, joging dan sebagainya. 

25. Dekati hobi kekasih dan tak salah melibatkan diri dengan hobi tersebut. Ni akan mengeratkan lagi hubungan kerana kebanyakkan hobi boleh dilakukan bersama.








 

Anime : Pandora Heart



Assalamualaikum.
Another one anime yang best bagi Bihah ialah Pandora Heart. Ok, cite ni pasal seorang young master yang diberi name Oz Bezarius yang disisihkan oleh ayahnya. Dia telah dikurung di Abyss atas kesalahan yang telah dia lakukan. Nak taw tak apa kesalahan dia and sape yang kurung dia kat situ??? Hehe, kalau nak taw kenalah tengok cite tu. Ok, sambung balik. Dekat Abyss tu ada banyak chain-chain yang menakutkan dan salah satu nya ialah B-Rabbit @ Alice. B-rabbit adalah nama untuk dia bertukar jadi chain dan Alice tu nama dia semasa menjadi human. Oz tu telah menjadi contractor kepada Alice and after that, dorang dapat keluar dari penjara Abyss tu. Har, nak tahu yang selanjutnya, korang boley tengok cite ni kat sini.

Alice, Oz and Gilbert 

Tips : Manfaat Air Kosong

Assalamualaikum.
Hye. For this entry, i wanna share u'olls about manfaat air kosong. So, check it out.

Air kosong dapat :-

  • Menahan selera makan berlebihan.
  • Melancarkan fungsi ginjal.


  • Menghilangkan sembelit.

  • Membantu menukar lemak pada tenaga.
  • Bila korang terasa lapar,belum tentu korang boleh mengurangkan makan..Meminum air putih boleh membuatkan rasa lapar itu hilang.
  • Menurunkan berat badan.
  • Melancarkan pencernaan proses membuang air besar

So, korang kena minum air kosong banyak-banyak taw. Lebih-lebih lagi kalau korang tu student, harus bawak botol minuman ke sekolah or universiti. Tak berat sangat pon. And tak rugi pon sebab air kosong juga boleh menghilangkan mengantuk di dalam kelas. Ala, korang mesti pernah mengantuk dalam kelas kan?termasuklah Bihah. Dah macam burung belatuk da kalau mengantuk. Hihi. So,better bawak air kosong. Tak payah nak beli kat kedai. Membazir je. Bawak dari rumah lagi bagus. =)


Gambar from Mr. Google

Anime : Gosick



Assalamualaikum.
Entry kali ni, Bihah nak kongsikan dengan korang satu cerita anime yang paling best iaitu GOSICK. Sebenarnye cik abang Bihah yang kasi tahu kat bihah pasal cite ni. Hehe. Korang pernah tengok tak lagi? Cerita ni menarik taw. Lebih-lebih lagi watak utama dalam cite tu comey sangat. Name dia Veronique dan yang lelaki tu pulak name Kujo. Semua budak kelas panggil lelaki tu dark reaper. Kecian lak. Veronique tu pulak bijak taw. Dapat selesaikan banyak kes, macam detektif pulak. Korang tengok la. Tak rugi pon. Best sangat....^^ Bagi yang belum tengok cite ni, korang boley tengok kat sini.

Veronique

Veronique and Kujo

Tips : Apa Perlu Tahu Sebelum Beli Kereta ?

Assalamualaikum.
Tahniah kepada korang yang bakal memandu kereta sendiri. Bihah pulak,hmmph. Lambat lagi la nak merasa. Lesen pon takde lagi. Hehe. Kat bawah ni Bihah nak tunjuk beberape aspek yang korang perlu ambik tahu sebelum membeli kereta.

1. Kenal pasti model
  • Sekarang ni terlampau banyak kan kereta yang ada di pasaran. Sampai korang pon jadi rambang mata kan. So, kenal pasti model kereta yang sesuai dengan tujuan asal korang. Adakah ia untuk kegunaan keluarga atau memudahkan korang ke tempat kerja atau belajar? So, list kan beberapa jenis model kereta yang sesuai dan mampu dimiliki. Takkan la nak beli van untuk ke kelas. Tapi logik jugak. Angkut kawan-kawan pastu mintak tambang. hehe 
 2. Perbelanjaan dalaman

  • Perlu tahu juga akan berlakunya pengeluaran wang dari segi bayaran ansuran bulanan, penggunaan  etrol, servis, alat ganti, insurans dan lain-lain lagi. Takkan nak bagitahu semua kot. (Padahal tahu setakat tu je. Hihi). So,beware. Jangan nak boros sangat. Kena spend jugak duit tu untuk kereta yang korang telah beli. Ingat, memiliki kereta bukan sekadar memilih dan membeli kereta taw..
3. Kemudahan mendapatkan alat ganti
  • Biasanya, alat ganti untuk kereta tempatan lebih mudah dicari malah lebih murah juga. Kemudahan mendapatkan alat pengganti memang penting supaya korang tak rasa menyusahkan. Cuma korang perlu berhati-hati agar tak ditipu oleh penjual yang menjual alat tiruan. Satu lagi yang penting, korang mestilah meletakkan tayar spare or alat ganti yang lain di dalam kereta (dalam bonet la). Manalah tahu, malang tak berbau. Tiba-tiba tayar kereta korang pancit dalam perjalanan. Tak ke haru jadinya.
4. Cukai jalan dan bunga pinjaman
  • Setiap tahun mesti korang kena bayar cukai jalan kan. So, masukkan perbelanjaan ini dalam  belanjawan korang sebelum membeli kereta. Jumlah bunga pinjaman yang perlu dibayar juga perlu dibandingkan. Jika diberi kadar terendah, tu memang bertuah la. Korang memang beruntung la. Hee..=)
5. Info Tambahan
  • Jika korang ragu-ragu dan tak mempunyai sebarang pengetahuan, ada baiknya korang mendapatkan info-info yang lebih detail daripada individu-individu yang pernah membeli kereta pilihan korang. Tengok dan cari kelebihan dan kekurangan kereta tu. Tak pon cara yang paling senang, belek saja majalah, surat khabar, forum, internet or risalah berkaitan dengan kereta.

Kereta feveret i. Bila la dapat beli. Hoho

The New One

Assalamualaikum.
Taraa. Ni blog baru Bihah. hehe. The old blog, maybe bihah akan delete sebab nak tukar kod pon banyak sangat error. So, Bihah pon mengambil keputusan untuk buat blog baru, the new one. Pihak Blogspot dah banyak buat perubahan kan? Sampai Bihah pon jadi pening pada mulanya. Ayo. Ce teka bihah ambik berapa hari untuk siapkan blog ney? berapa? 2 hari ? yeay, betol (meroyan). Ok, Bihah tak pandai la nak mengedit-edit blog ni. Bukannya sokmo (selalu) bukak blog. Banyak jugak Bihah bukak tutorial.

FYI, Bihah da cari da pasal ni kat Encik Google, and the result is ramai jugak yang kena macam ni. Bihah ingat Bihah sorang je. Bihah dapat tahu pihak blogspot telah menaik taraf edit html ni. Tapi tak dinafikan ada lagi blog yang tak tertukar format baru. (Er, orang panggil format ke?) Ok. Bihah nak cerita banyak pon tak boleh coz banyak lagi yang Bihah tak tahu. Kena bukak satu-satu la pasni.

For more info, u'olls can enter to this website here. It might not help you a lot, but you'll simply know a little bit about the changes. So, hope you guys can understand from it. If  korang tahu macam mana nak guna benda baru tu, korang bagi tahu Bihah yer. I really-really want to know that. =(

For Google friend connect tu, da lama kan blog tak guna application tu? Tak silap Bihah before berlaku perubahan ni lagi. Dan ada ura-ura mengatakan, siapa yang guna application tu secara automatik akan hilang. Lambat atau cepat je. Uwaa, rugi la kan kumpul follower ramai-ramai, last-last hilang camtu je. But don't worry, korang guna la Google + Follower tu. Ok, Bihah pon tak tahu jugak nak guna mende tu. Haha. Sorry.

Bihah nak mintak jasa baik anda semua follow bihah balik ye. Tekan kat Google + Follower tu. Tak pon, kalau tak jadi tekan kat button follow dekat My Owner. Jasa anda amat la Bihah hargai. Tenkiu. =)

 Macam ni lah perubahannya.