Tips : Apa Perlu Tahu Sebelum Beli Kereta ?

Assalamualaikum.
Tahniah kepada korang yang bakal memandu kereta sendiri. Bihah pulak,hmmph. Lambat lagi la nak merasa. Lesen pon takde lagi. Hehe. Kat bawah ni Bihah nak tunjuk beberape aspek yang korang perlu ambik tahu sebelum membeli kereta.

1. Kenal pasti model
  • Sekarang ni terlampau banyak kan kereta yang ada di pasaran. Sampai korang pon jadi rambang mata kan. So, kenal pasti model kereta yang sesuai dengan tujuan asal korang. Adakah ia untuk kegunaan keluarga atau memudahkan korang ke tempat kerja atau belajar? So, list kan beberapa jenis model kereta yang sesuai dan mampu dimiliki. Takkan la nak beli van untuk ke kelas. Tapi logik jugak. Angkut kawan-kawan pastu mintak tambang. hehe 
 2. Perbelanjaan dalaman

  • Perlu tahu juga akan berlakunya pengeluaran wang dari segi bayaran ansuran bulanan, penggunaan  etrol, servis, alat ganti, insurans dan lain-lain lagi. Takkan nak bagitahu semua kot. (Padahal tahu setakat tu je. Hihi). So,beware. Jangan nak boros sangat. Kena spend jugak duit tu untuk kereta yang korang telah beli. Ingat, memiliki kereta bukan sekadar memilih dan membeli kereta taw..
3. Kemudahan mendapatkan alat ganti
  • Biasanya, alat ganti untuk kereta tempatan lebih mudah dicari malah lebih murah juga. Kemudahan mendapatkan alat pengganti memang penting supaya korang tak rasa menyusahkan. Cuma korang perlu berhati-hati agar tak ditipu oleh penjual yang menjual alat tiruan. Satu lagi yang penting, korang mestilah meletakkan tayar spare or alat ganti yang lain di dalam kereta (dalam bonet la). Manalah tahu, malang tak berbau. Tiba-tiba tayar kereta korang pancit dalam perjalanan. Tak ke haru jadinya.
4. Cukai jalan dan bunga pinjaman
  • Setiap tahun mesti korang kena bayar cukai jalan kan. So, masukkan perbelanjaan ini dalam  belanjawan korang sebelum membeli kereta. Jumlah bunga pinjaman yang perlu dibayar juga perlu dibandingkan. Jika diberi kadar terendah, tu memang bertuah la. Korang memang beruntung la. Hee..=)
5. Info Tambahan
  • Jika korang ragu-ragu dan tak mempunyai sebarang pengetahuan, ada baiknya korang mendapatkan info-info yang lebih detail daripada individu-individu yang pernah membeli kereta pilihan korang. Tengok dan cari kelebihan dan kekurangan kereta tu. Tak pon cara yang paling senang, belek saja majalah, surat khabar, forum, internet or risalah berkaitan dengan kereta.

Kereta feveret i. Bila la dapat beli. Hoho

11 comments:

  1. nice tips..btw kalau nak tips beli smartphone / tablet jom lawati soleheen.com , ada 1001 tips dalam tu :D

    ReplyDelete
  2. Hi, salam...
    new here?? welcome..
    ehehhehe

    ReplyDelete
  3. Hihi .nice tips :) please follow me ,new here dyanasan-budakbosan.blogspot.com , ceq dah follow hampa dah :)

    ReplyDelete
  4. Singgah sini,komen dan follow ;) nice tips :D

    ReplyDelete
  5. Wow wow kena kumpul duit dari sekarang ni . hahahahaha xD

    ReplyDelete
  6. header akk cantik. Bolehlah join nanti :)

    Thanks for coming

    ReplyDelete
  7. haha.. lecehnya nak ada kereta sendiri ni.. huhu
    naik bas kolej pi kelas setiap hari pun xpe.. =P

    ReplyDelete