Berharganya Kaum Hawa


Assalamualaikum.
Entry untuk kali ni Bihah ambik dari sebuah buku motivasi. Tajuknya MEMBINA RASA SAYANG, karya DR. HM TUAH ISKANDAR AL HAJ. Semua yang beliau tulis memberi banyak motivasi dan yang Bihah paling suka ialah RAMA-RAMA DAN CINTA LELAKI. Sebenarnya Bihah da post pasal ni kat fb. Bagi yang da baca tu, nak baca sekali lagi pon takpe. Kat bawah ni Bihah tulis sikit pasal cite tu.

      Wahai wanita, anda adalah perhiasan. Dunia ini menjadi indah kerana adanya anda yang bernama wanita. Tanpa anda dunia pasti disebulungi sugul. Para lelaki yang mendiami bumi ini akan ketandusan kasih.

      Wahai wanita, anda ibarat rama-rama yang mengindahkan lagi alam. Anda telah menyempurnakan keindahan bunga. Sempurnalah keindahan apabila bunga dikitari sang rama-rama.

      Namun anda yang bernama wanita, mengapa ramai sekali yang sengaja merosakkan diri di tengah-tengah kebuasan lelaki. Memang keinginan untuk berteman fitrah insan, tapi tak usah mangsakan diri anda untuk lelaki yang kurang perasaan.

      Memang ramai wanita berasa bangga apabila digilai ramai lelaki. Tapi wahai wanita, sayap anda yang indah itu akan luntur sedikit demi sedikit, melekat dijari lelaki tatkala menyentuh anda, sebagaimana sayap rama-rama berpindah coraknya ke jari anda tatkala anda menyentuh serangga kecil itu.
      Apakah anda tidak berasa rugi? Apakah anda tidak terasa apa-apa yang hilang?

      Jika anda sorang wanita sejati, anda patut berasa rugi sebab ketahuilah, lelaki amat berbangga sekali apabila dia dapat meletakkan tangannya ke atas tubuh anda sedangkan dia tahu dia tidak berhak berbuat begitu. Bezanya lelaki dengan wanita, lelaki tidak kehilangan apa-apa biar berapa ramai wanita yang ada di sekelilingnya tetapi anda pasti rugi setiap kali ada tangan-tangan yang tidak berhak hinggap di tubuh anda.

      Wahai wanita, kasihanilah diri anda dengan menjadikan diri anda berharga. Nilai anda tentu terletak pada harga diri yang hanya sanggup dibayar oleh seorang lelaki dengan harga kejujuran. Apalah ertinya digilai kalau yang menggilai hanya lelaki yang tidak tahu diri.

      Anda sama sekali tidak berharga biarpun tinggi nilainya dimata lelaki yang tahunya melihat anda sebagai 'alat'.

Tapi anda ibarat mutiara di puncak bukt dimata seorang lelaki yang jujur. Memang sukar sedikit untuk mencari mereka. Biar terlewat sebab bersikap pemilih daripada tersalah pilih. Lelaki terbaik tidak mudah ditemui dimana-mana. Dia satu dalam seribu. Sudah tentu untuk mencarinya payah. Itu lebih baik daripada bertemu insan yang salah, sudahnya hanya mencemamaikan hidup anda.

No comments:

Post a Comment